17 Januari 2012, Khamis :-
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Dukacita dimaklumkan bahawa YAM Tengku Khaladiah binti Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah telah mangkat sebentar tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, Selangor. Jenazah Allahyarhamah telah dibawa ke Masjid di Istana Alam Shah dan akan di makamkan selepas Solat Asar di Makam Diraja Selangor, Klang, Insyallah. Allahyarhamah telah gering hampir empat bulan dan telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Allahyarhamah berusia hampir 88 tahun dan merupakan puteri kepada Sultan Selangor ke-5 dari permaisuri baginda, Almarhumah Tengku Ampuan Fatimah binti Almarhum Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah (Perak). Gambar diatas adalah pintu gerbang Makam Diraja Selangor di Bandar Diraja Klang. Disinilah Allahyarhamah akan dimakamkan.
Clik here to view.
.jpg)
Al-Fatihah ...... semuga Roh Allahyarhamah YAM Tengku Khaladiah binti Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin.
Sumber : Kuess / Istana Alam Shah