24 Januari 2013, Khamis :-
Pagi ini Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berada di Segamat, Johor untuk sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Johor. Kelihatan Tuanku Ibrahim mengetuai perarakan Maulidur Rasul menuju ke Masjid Besar Daerah Segamat. Turut serta adalah Menteri Besar Johor, YAB Dato' Abdul Ghani Othman.
Manakala Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim pula berada di Masjid Jamek Bandar Kluang untuk sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah Kluang.
Manakala Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim pula berada di Masjid Jamek Bandar Kluang untuk sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah Kluang.
Tunku Panglima Johor, Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman pula berada Masjid Bandar Putra, Kulaijaya untuk Sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah Kulaijaya.
Sumber : Kesultanan Johor/Muhd Saiful