05 Februari 2013, Selasa :-
Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menerima mengadap Laksamana Samuel J. Locklear III, Commander of The United States Pacific Command di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan, Brunei Darussalam. Beliau dan rombongan berada di Brunei untuk lawatan rasmi selama tiga hari. Turut serta dalam majlis ini adalah Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin ; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Amerika Syarikat ke Negara Brunei Darussalam, TYT Daniel Luke Shields; Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar dan Setiausaha Tetap (Dasar Pertahanan dan Pembangunan) Kementerian Pertahanan, Kolonel (B) Pengiran Dato Paduka Azmansham bin Pengiran Haji Mohamad.
Dalam masa yang sama diruang yang berlainan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha juga berkenan menerima mengadap Mrs Pamela A. Locklear isteri kepada Laksamana Samuel J. Locklear III.
Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei