07 Februari 2013, Khamis :-
Tahniah diucapkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun kerana telah dikurniakan darjah tertinggi Diraja Jepun "Grand Cordon of the Supreme Order of the Chrysanthemum". Anugerah disampaikan oleh Duta Jepun ke Malaysia, Shigeru Nakamura sebagai wakil kepada Maharaja Akihito dalam satu majlis yang diadakan di Istana Negara. Turut serta dalam majlis ini adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Darjah kebesaran ini hanya dikurniakan kepada anggota kerabat diraja wanita Jepun dan negara-negara asing sahaja. Diantara kerabat diraja asing yang pernah dikurniakan darjah kebesaran ini adalah KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke-12, Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Queen Margrethe II of Denmark, Queen Farah Diba of Iran, Queen Paola of Belgium, Queen Silvia of Sweden, Queen Sirkit of Thailand dan Queen Sofia of Spain.

Sumber :- Berita Harian/Utusan Malaysia