02 Februari 2013, Ahad :-
Istana Diraja Denmark dalam kenyataannya semalam memaklumkan bahawa Queen Margrethe akan membatalkan lawatan rasmi baginda ke Chile pada 10 hingga 15 Mac depan disebabkan masalah osteoarthritis dibahagian belakang baginda. Diatas nasihat doktor, baginda tidak dibenarkan berada terlalu lama didalam kapal terbang dan lawatan itu sendiri akan memudaratkan kesihatan baginda yang telah didapat menghidap osteoarthritis beberapa tahun kebelakangan ini. Walau bagaimanapun lawatan ini dan lawatan-lawatan keluar negara yang telah dijadualkan untuk baginda Queen tidak akan dibatalkan kerana baginda Queen akan diwakili oleh Putera Sulung baginda iaitu Crown Prince Frederik dan isteri kelahiran Australianya Crown Princess Mary. Baginda Queen Margrethe berusia 72 tahun dan telah menaiki tahta pada tahun 1972.
Sumber :- abc News