23 Februari 2013, Sabtu :-
Pagi tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mencemar duli menghadiri Perhimpunan Agung Sambutan Hari Kebangsaan Brunei Darussalam yang ke-29 tahun yang diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien di Bandar Seri Bagawan. Keberangkatan tiba Tuanku Sultan Hassanal Bolkiah dan Keluarga Diraja Brunei disambut oleh Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Brunei yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Kebangsaan Brunei 2013. "Negaraku Brunei Darussalam" telah dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini. Dianggarkan seramai 22,000 orang telah mengambil bahagian dalam program yang berlangsung pagi ini. Syah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-29 tahun kepada Negara Brunei Darussalam semuga berjaya dalam usaha menjadikan Brunei Darussalam sebagai sebuah "Negara Zikir" yang mendaulatkan hukum dan undang-undang Islam. Dirgahayu Tuan Patik.
Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei