6 Mac 2013, Selasa :-
Hari ini Raja Negeri Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah berkenan menghadiri Upacara Istiadat Perlantikan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Perlis di Istana Arau, Perlis. Kesemua tujuh EXCO yang dilantik pada hari ini adalah EXCO yang lama dan mengekalkan portfolio masing-masing. Salah seorang daripadanya adalah adinda kepada Tuanku Syed Sirajuddin sendiri yang juga merupakan Anggota Undangan Negeri (ADUN) Pauh, Yang Berhormat Mulia Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Putra Jamalullail. Kelihatan YBM Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Putra Jamalullail sedang mengangkat sumpah sebagai Anggota EXCO di majlis berkenaan.
Sumber :- Bernama