10 Mac 2013, Ahad -
Malam Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam telah berangkat ke Washington D.C. untuk lawatan rasmi negara. Turut serta berangkat adalah DYTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik, DYTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.
Doa Selamat telah dibacakan oleh Mufti Kerajaan, YB Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned Sebelum rombongan diraja berangkat keluar dari Istana Nuru Iman menuju ke Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba.Turut mengucapkan selamat jalan kepada baginda Sultan dan Raja Isteri adalah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, kerabt diraja, YAM Pengiran-pengiran Cheteria, Speaker Majlis Mesyuarat Negara, Menteri-menteri Kabinet, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat,Timbalan-timbalan Menteri, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei dan Melinda Pavek, Kuasausaha Sementara Kedutaan Amerika Syarikat ke Negara Brunei Darussalam.
Sumber:-Pelita Brunei