09.12.2012, Ahad - Selepas Solat subuh tadi Syah buka Facebook dan terbaca post Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim dilaman sesawang itu yang menyatakan pendirian beliau yang tidak bersetuju penggunaan Baju Istiadat Polis atau Tentera disalahgunakan untuk majlis perkahwinan yang melibatkan bukan anggota Polis atau Tentera. Tunku Jalil yang juga merupakan salah seorang Pegawai Pasukan Polis Diraja Malaysia menyatakan penderian beliau seperti berikut :-
- Baju Istiadat Polis atau Tentera tidak patut dipakai oleh mana-mana artis untuk majlis perkahwinan. Sword bearer PDRM juga tidak patut digunakan untuk acara terebut kecuali perkahwinan Pegawai PDRM sendiri! Pegawai dan Anggota Tentera bersusah payah melalui latihan berat untuk kejar cita-cita mereka supaya digelar sebagai seorang Tentera, kini baju Istiadat dipermainkan untuk publicity! You've got to earn it .....