25 Mac 2013, Isnin :-
Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berangkat ke Wellington, New Zealand untuk lawatan rasmi negara. Doa selamat telah dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned sebelum KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan berangkat dari Istana Nurul Iman ke Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba.
Manakala keberangkatan tiba KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei hari ini di Military Terminal, Wellington International Airport disambut oleh Menteri Dalam Negeri New Zealand, Chris Tremain ; Deputy Mayor of Wellington, Ian McKinnon dan Pesuruhjaya Tinggi New Zealand yang tidak menetap di Negara Brunei Darussalam, David Pine. KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei kemudiannya berkenan berangkat ke Majlis Bersama Pelajar-Pelajar dan Rakyat Brunei di New Zealand.
Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei / Pelitabrunei