Quantcast
Channel: Maharum Bugis Syah (MBS)
Viewing all articles
Browse latest Browse all 965

Sultan Selangor Ucap Takziah Kepada Keluarga Allahyarhamah Tan Sri Aishah Ghani

$
0
0
19 April 2013, Jumaat :-

Hari ini Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah menzahirkan ucapan takziah kepada anggota keluarga Allahyarhamah Tan Sri Aishah Ghani yang telah kembali ke Rahmatullah pada jam 12:50hrs tadi di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur kerana sakit tua dalam usia 90 tahun.  Kenyataan ini dikeluarkan oleh Orang Besar Daerah Gombak merangkap Anggota Dewan Diraja, Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh.

Diantara titah baginda :-
  • "Moga-moga Allahyarham mendapat ganjaran yang setimpal dengan bakti yang telah dikorbankan kepada masyarakat"
  • Baginda juga bertitah bahawa sepanjang hidup beliau, Allahyarhamah banyak menabur bakti kepada rakyat Selangor dan Malaysia.

Allahyarhamah Tan Sri Aishah Ghani merupakan wanita pertama Malaysia yang dilantik sebagai Senator dan wanita kedua menjadi menteri selepas negara mencapai kemerdekaan.  Vetran UMNO ini menyertai UMNO Cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1949 dan dipilih sebagai Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO pada 1960 hingga 1972 dan Pengerusi Tetap Wanita UMNO pada tahun 2000. Jenazah Allahyarhamah telah dibawa ke kediamannya di Jalan Bukit Ledang, Damansara untuk disempurnakan dan telah dikebumikan selepas Solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara.  Anak jati Sungai Serai, Hulu Langat, Selangor ini meninggalkan empat orang anak, 12 cucu dan lima cicit.  

Sebagai menghargai sumbangan dan jasanya, Allahyarhamah juga telah dinobatkan sebagai Tokoh Wanita Negeri Selangor 1996, Tokoh Warga Emas Selangor 2002, Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1423 Hijrah/2002, Anugerah Pejuang Kemerdekaan Selangor dan Anugerah Mutiara Pertiwi daripada Puteri UMNO pada 2007. Bekas Wartawan Pelita Malaya dan Berita Harian ini pernah mengikuti kursus kewartawanan di London School of Journalism pada tahun 1955 dan pernah menghasilkan autobiografinya bertajuk Aishah Ghani Memoir Seorang Pejuang pada 1992.

Takziah Syah ucapkan kepada keluarga Allahyarhamah Tan Sri Aishah Ghani semuga kalian tabah menghadapi dugaan ini.  Kami juga merasai kehilangannya dan pemergian Allahyarhamah ini merupakan kehilangan besar dalam arina politik negara kita dan perjuangan wanita. Al-Fatihah ............... Semuga rohnya Allahyarhamah Tan Sri Aishah Ghani ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amin

Sumber:- Bernama

Viewing all articles
Browse latest Browse all 965