HM Queen Beatrix of the Netherlands bersama suami baginda Mendiang Prince Claus semasa Istiadat Pemasyhuran baginda pada tahun 1980.
30 April 2013, Selasa :-
Pada hari ini jam 10:00hrs waktu Belanda lebih kurang jam empat petang waktu Malaysia akan diadakan Istiadat Permasyhuran Crown Prince Willem-Alexander sebagai Raja Belanda yang baru. Pada 28 Januari 2013, Baginda Queen Beatrix telah membuat pengumuman keseluruh Belanda melalui siaran TV dan Radio berhubung keputusan baginda untuk turun dari tahta dan memberi laluan kepada Putera Sulong baginda untuk menjadi Raja Belanda. Dengan pemasyhuran ini nanti akan menjadikan Crown Prince Willem yang berusia 46 tahun itu sebagai Raja paling muda menaiki tahta di Eropah. Baginda juga merupakan Raja Belanda Lelaki yang pertama ditabalkan semenjak kemangkatan Raja Willem III pada tahun 1890 iaitu kira-kira 123 tahun Ketua Negara Belanda didominasi oleh pewaris wanita.
Gambar terbaru Queen Beatrix of the Netherlands bersama Crown Prince Willem-Alexander dan Crown Princess Maxima.
Istiadat ini nanti akan dimulai dengan Baginda Queen Beatrix of the Netherlands akan menandatangani surat turun tahta baginda dan kemunculan Baginda Queen Beatrix of the Netherlands, Crown Prince Willem dan Crown Princess Maxima di beranda Istana Diraja dan memberi ucapan kepada para hadirin di Dam Square. Mereka kemudiannya akan berangkat ke Amsterdam Niew Kerk (New Church) yang merupakan sebuah gereja yang berusia 600 tahun yang terletak bersebelahan dengan Istana Diraja untuk Istiadat Pemasyhuran. Dalam istiadat ini nanti, Crown Prince Willem akan mengangkat sumpah sebagai Raja Belanda. Raja-Raja Belanda tidak pernah dimahkotakan (dipakaikan Mahkota Kerajaan), walau bagaimanapun dalam istiadat ini nanti Mahkota Kerajaan hanya diletakkan bersebelahan baginda sepanjang istiadat berlangsung bersama alat-alat kebesaran diraja lainnya.

Dalam istiadat ini nanti baginda akan memakai jubbah diraja yang telah digunakan untuk pemasyhuran raja-raja Belanda semenjak tahun 1815. Jubah ini telah dibuat dua kali pengubahsuai untuk istiadat pemasyuharan bonda dan nenda baginda sebagai Ratu (Queen) Belanda.
Tradisi Turun Tahta ini sudah menjadi kebiasaan bagi Raja-Raja Belanda. Bonda Queen Beatrix sendiri iaitu Queen Juliana melepaskan tahtanya pada 1980 ketika sambutan ulangtahun baginda yang ke 71 manakala Queen Wilhemia turun tahta pada tahun 1948 dalam usia 68 tahun bagi memberi laluan kepada Queen Juliana menjadi Raja Belanda. Malang sekali Istiadat ini tidak dapat dihadiri oleh Adinda Crown Prince Willem iaitu Prince John Frisco yang kini berada dalam keadaan koma setelah terlibat dalam kemalangan runtuhan salji di Austria pada 17 Februari 2012. Begitu juga kedua ibu dan bapa Crown Princess Maxima tidak dapat menghadiri istiadat ini kerana mereka tidak dibenarkan menghadiri sebarang majlis rasmi di Belanda.
Sila click Entry Syah terdahulu berhubung perkara ini seperti dibawah:-
http://tengkusyah.blogspot.com/2012/02/prince-johan-friso-kemalangan-akibat.html
http://www.tengkusyah.blogspot.com/2013/04/mengapa-ibubapa-crown-princess-maxima.html
http://www.tengkusyah.blogspot.com/2013/04/mengapa-ibubapa-crown-princess-maxima.html
Sumber :- BBC / MBS / India TImes