30 April 2013, Selasa:-
Istiadat Pemasyuharan Crown Prince Willem-Alexander sebagai Raja Belanda berjalan lancar pagi tadi (petang waktu Malaysia). Syah ingin berkongsi gambar-gambar berikut yang boleh menerangkan perjalanan Istiadat ini secara ringkas.
Istiadat dimulai dengan Baginda Queen Beatrix menandatangani watikah turun tahta yang berlangsung di Istana Diraja. Apabila baginda menandatangani watikah berkenaan maka secara automatik putera Sulung baginda menjadi Raja Belanda.
Watikah Turun Tahta Queen Beatrix sebagai Ratu Belanda dan Pemasyuharan Crown Prince Willem-Alexander sebagai Raja Belanda. Selepas turun dari tahta, baginda menggunakan gelaran Her Royal Highness Princess Beatrix of the Netherlands,Princess of Orange-Nassau, Princess of Lippe-Biesterfeld.
Selepas itu Her Royal Highnes Princess Beatrix of the Netherlands dan Raja Belanda yang baru His Majesty King Willem-Alexander dan Isteri Baginda Her Majisty Queen Maxima keluar ke Beranda Istana Diraja untuk membuat penampilan kepada umum dan kemudiannya kedua-dua anak serta ibu ini menyampaikan ucapan ringkas kepada rakyat jelata. Setelah berucap, Princess Beatrix berangkat masuk ke Istana dan kemudiannya ketiga-tiga puteri King Willem-Alexander menyertai ayahanda dan bonda mereka di Balkoni Istana Diraja.
Selepas itu His Majesty King Willem-Alexander dan Isteri Baginda Her Majisty Queen Maxima berangkat ke Amsterdam Niew Kerk (New Church) untuk menghadiri Istiadat Keagamaan dimana baginda mengangkat sumpah sebagai Raja Belanda yang baru. Tahniah Syah ucapkan kepada His Majesty King Willem-Alexander dan Her Majesty Queen Maxima diatas pemasyhuran ini.
Sumber :-Royaltynu