07 Mei 2013, Selasa :-
Semalam Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, YangTeramat Mulia Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mengurniakan watikah pelantikan sebagai Menteri Besar Kedah kepada Datuk Mukhriz bin Tun Mahathir. Istiadat diadakan di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri di Kedah dengan majoriti mudah selepas memenangi 21 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Selepas selesai mengangkat sumpah perlantikan jawatan Menteri Besar Kedah, beliau telah menerima ciuman daripada bonda tersayang, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. Tahniah diucapkan kepada Datuk Mukhriz yang juga merupakan anak kepada Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan .....? Syabas kerana telah berjaya mengembalikan keyakinan orang Kedah terhadap Barisan Nasional. Semuga Barisan Nasional sentiasa bertahta dihati warganegara Malaysia.
Sumber :- Bernama