09 Mei 2013, Khamis :-
Hari ini pada Pengerusi Barisan Nasional Pahang, Dato' Seri Diraja Adnan Yaakob telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang dihadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah dalam Istiadat Pengurniaan Surat Cara Perlantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang. Istiadat yang berlangsung pada jam 17:00hrs di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang ini turut dihadiri oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato' Seri Muhammad Sufian. Dato' Seri Adnan berusia 60 tahun dilantik sebagai Menteri Besar Pahang untuk kali keempat apabila BN memenangi 30 daripada 42 kerusi yang dipertandingkan dalam PRU ke-13 pada 05 Mei 2013 lepas. Tahniah kepada Barisan Nasional kerana telah mendapat mandat daripada rakyat untuk menerajui pemerintahan dinegara kita yang tercinta ini iaitu Malaysia.
Sumber :- Bernama