12.12.2012, Rabu - Inna lillahwainna lillahirojiun. Dukacita dimaklumkan bahawa Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu Engku Tan Sri Ibrahim bin Engku Ngah yang berusia 80 tahun telah meninggal dunia di Hospital Pakar Selayang malam tadi lebih kurang jam 20:30hrs. Jenazah Allahyarham telah dikebumikan pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. Anak kelahiran Besut, Terengganu ini dilahirkan pada 15.04.1932 telah memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu selama 22 tahun mulai tahun 1989 hinggalah Allahyarham bersara pada tahun 2011 dan digantikan oleh Datuk Syed Danial Syed Ahmad.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri Tengku Zahab Tengku Abdullah dan enam orang cahayamata terdiri daripada empat lelaki dan dua perempuan. Kelihatan Tengku Zahab sedang menyiran air mawar diatas kubur Allahyarham selepas jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kira. Teringat Syah semasa kecil hingga dewasa setiap kali bermula Puasa dan pengistiharaan Hari Raya Allahyarhamlah orang yang akan membuat pengumuman di kaca TV.
Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Engku Tan Sri Ibrahim bin Engku Ngah semuga kalian tabah dengan dugaan ini. Marilah kita sedekahkan pahala Al-Fatihah kepada Allahyarham semuga Rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Al-Fatihah ...................
Sila Click Entry Syah berhubung Persaraan Allahyarham
http://tengkusyah.blogspot.com/2011/01/penyimpan-mohor-besar-raja-raja-bersara.html
Sila Click Entry Syah berhubung Persaraan Allahyarham
http://tengkusyah.blogspot.com/2011/01/penyimpan-mohor-besar-raja-raja-bersara.html
Sumber :- Kosmo/Bernama