Hari ini Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenaan menerima Zakat Perniagaan Lembaga Tabung Haji (LTH) bagi tahun 2012 dalam satu majlis yang diadakan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, Selangor. Sultan Selangor menerima replika cek berjumlah RM10.9 Juta (RM10,907,614.88) bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) daripada Pengarah Urusan Lembaga Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail.
Sumber :- Bernama