Quantcast
Channel: Maharum Bugis Syah (MBS)
Viewing all articles
Browse latest Browse all 965

Tan Sri Abdul Khalid Mengadap Sultan Selangor Petang Tadi

$
0
0
13 Mei 2013, Isnin :-

Petang tadi  Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah menerima mengadap ADUN N46 Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim  di Istana Kayangan, Shah Alam, Selangor. Seorang pegawai di sekretariat akhbar Menteri Besar Selangor memaklumkan kepada Bernama bahawa Tan Sri Abdul Khalid akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor untuk penggal kedua sekaligus memberi jawapan kepada silang kata siapakah yang akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor selepas PRU ke-13. Majlis Istiadat Penyerahan Watikah Perlantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar akan diadakan dihadapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada esok pagi di Istana Alam Shah, Klang Selangor. 

Kelihatan para wartawan mengerumuni kenderaan beliau dihadapan pintu masuk Istana Kayangan selepas mengadap DYMM Sultan Selangor. Pada PRU ke-13 yang diadakan pada 05   Mei 2013 lepas, Tan Sri Abdul Khalid daripada PKR mengalahkan Datuk  Nasarruddin M Zain daripada Barisan Nasional dengan majoriti 2,994 undi (PKR 18,591 undi dan BN 15,597 undi). Daripada 56 kerusi yang dipertandingkan bagi DUN  Selangor BN memenangi 12 kerusi manakala Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP memenangani 44 kerusi (PKR-14, DAP-15 dan PAS-15).

Sumber :- Bernama

Viewing all articles
Browse latest Browse all 965