15 Mei 2013, Rabu:-
Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah memberikan tiga sebab mengapa baginda memperkenankan perlanikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baru selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada 05 Mei 2013. Kenyataan ini dikeluarkan melalui Seiausaha Sulit baginda, Dato' Mohamad Munir Bani. Tiga sebab berkenaan adalah seperti berikut :-
- Ketua-ketua parti komponen Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP mengemukakan hanya satu nama sahaja iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai calon Meneri Besar Selangor.
- Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah memenuhi semua syarat-syarat yang diperlukan bagi jawatan Menteri Besar Selangor seperti mana yang diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan negeri Selangor 1959.
- Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berpendapat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pernah menjadi Meneri Besar Selangor sebelum ini dan pengalamannya boleh membantu melicinkan pentadbiran kerajaan negeri.
Berhubung isu kelewatan perlantikan Menteri Besar Selangor adalah kerana DYMM Sultan Selangor masih menunggu calon-calon Menteri Besar daripada Pakatan Rakyat. Tambah beliau lagi, sebelum ini Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail menyatakan sebelum pilihan raya bahawa menteri besar tidak semestinya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jika Pakatan Rakyat menang dalam PRU ke-13 di Selangor. Akhirnya DYMM Sultan Selangor telah berpuas hati dan memperkenankan calon tunggal yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat sebagai Meneri Besar Selangor iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Tahniah Syah ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di atas perlantikan ini. Tak kira apapun fahaman parti politik kita, kita semua harus menghormati YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Ketua Kerajaan Negeri kerana itu pilihan rakyat Selangor dan kita harus menghormati keputusan PRU ke-13. Apa yang penting sekarang ini kita orang Melayu sebagai bumiputera harus bersatu hati demi bangsa, agama dan negara kerana bersatu kita teguh bercerai kita roboh dan jangan biarkan orang lain memandang rendah dan menindas bangsa kita kerana kita adalah penduduk asal Negara ini begitu juga kaum-kaum lain yang diiktiraf sebagai bumiputera. Gunakan hak yang ada pada kita untuk menjadi bangsa yang dihormati dan disegani di negara tumpah darah kita sendiri. Hidup MELAYU.
Sumber :- Bernama /MBS