16 Mei 2013, Khamis :-
Pagi tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia Oleh Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri di Istana Negara. Istiadat yang diadakan di Balairong Seri, Istana Negara pada jam 10:10hrs ini turut dihadiri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun ; Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rousmah Mansor ; Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, dif-dif kehormat dan para jemputan yang terdiri daripada ahli keluarga barisan kabinet yang dilantik.
Seterusnya, acara penyerahan surat cara pelantikan serta melafaz sumpah jawatan dan taat setia bagi menteri dan timbalan menteri dijalankan secara berkumpulan seramai enam orang dimulai dengan Datuk Seri Douglas Uggah Embas (Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Menteri Dalam Negeri), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Menteri Komunikasi dan Multimedia), Datuk Seri Dr S. Subramaniam (Menteri Kesihatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani) dan Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (Menteri Kewangan II).
Kumpulan terakhir terdiri daripada Datuk Paul Low Seng Kwan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Menteri Belia dan Sukan), Datuk Abdul Rahman Dahlan (Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Nancy Shukri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan Datuk Dr Ewon Ebin (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi).Istiadat kemudiannya diteruskan untuk 24 orang timbalan menteri. Setelah istiadat selesai, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan mencemar duli untuk menghadiri sesi bergambar bersama barisan kabinet 2013.
Istiadat dimulai dengan penerimaan surat cara pelantikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi 1. Beliau kemudian melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan disaksikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa. Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai menjalani istiadat ini, enam menteri kanan pula mengambil giliran untuk mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta simpan rahsia masing-masing yang terdiri daripada Datuk Seri G. Palanivel (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Menteri Pelancongan dan Kebudayaan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Pertahanan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), Datuk Seri Mustapa Mohamed (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dan Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili (Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air). Kumpulan ini diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Seterusnya, acara penyerahan surat cara pelantikan serta melafaz sumpah jawatan dan taat setia bagi menteri dan timbalan menteri dijalankan secara berkumpulan seramai enam orang dimulai dengan Datuk Seri Douglas Uggah Embas (Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Menteri Dalam Negeri), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Menteri Komunikasi dan Multimedia), Datuk Seri Dr S. Subramaniam (Menteri Kesihatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani) dan Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (Menteri Kewangan II).
Kumpulan kedua pula terdiri daripada Datuk Seri Anifah Aman (Menteri Luar), empat Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Seri Idris Jala, Tan Sri Joseph Kurup dan Datuk Joseph Entulu Belaun, dan Datuk Rohani Abdul Karim (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat). Istiadat diteruskan dengan kumpulan Datuk Fadillah Yusof (Menteri Kerja Raya), Datuk Hasan Malek (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan), Datuk Richard Riot Jaem (Menteri Sumber Manusia), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Menteri Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Idris Jusoh (Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II) dan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).
Kumpulan terakhir terdiri daripada Datuk Paul Low Seng Kwan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Menteri Belia dan Sukan), Datuk Abdul Rahman Dahlan (Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Nancy Shukri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan Datuk Dr Ewon Ebin (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi).Istiadat kemudiannya diteruskan untuk 24 orang timbalan menteri. Setelah istiadat selesai, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan mencemar duli untuk menghadiri sesi bergambar bersama barisan kabinet 2013.
Istiadat Mengangkat Sumpah Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia telah disempurnakan pada 06 Mei 2013 selepas Barisan Nasional mendapat mandat rakyat untuk meneruskan kesinambungan mentadbir negara. Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang diadakan pada 05 Mei 2013, Barisan Nasional menang 133 daripada 222 kerusia Parlimen yang dipertandingkan. Pagi semalam Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk memohon perkenan baginda berhubung senarai barisan kabinet Persekutuan yang baru dan pada sebelah petangnya pula lebih kurang jam 17:00hrs, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat pengumuman secara langsung keseluruh Negara berhubung senarai barisan kabinet berkenaan.
Sumber :- Bernama