Quantcast
Channel: Maharum Bugis Syah (MBS)
Viewing all articles
Browse latest Browse all 965

Sambutan Hari Keputeraan Raja Perlis Yang Ke-70

$
0
0

17 Mei 2013, Jumaat :- 

Sempena sambutan Hari Keputeraan Raja Perlis ke-70 hari ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail mahukan agar rakyat mengukuhkan ikatan perpaduan yang menjadi asas utama kearah mengekalkan Negara berdaulat dan tidak perlu memanjangkan pertelagahan  mengenai fahaman politik masing-masing selepas pilihan raya umum ke-13.  Tuanku Syed Sirajuddin berharap agar  projek pembangunan yang dirancang untuk Perlis mencapai sasaran termasuk projek pelaburan seperti Taman Teknologi Pauh Putra, Perlis Halal Park, depot pelepasan darat serta pembangunan perusahaan kecil dan sederhana yang mempunyai impak ekonomi yang tinggi. Begitu juga usaha untuk menjadikan Perlis sebagai hab pendidikan perlu dipergiatkan termasuk menambah institusi pengajian tinggi seperti mewujudkan Kolej Universiti Islam Perlis dan Kolej Risda. Tambah baginda lagi, kerajaan negeri harus memberi fokus terhadap pembangunan projek tenologi hijau yang mesra alam termasuk penghasilan diesel menggunakan plastik terbuang dan pelaksanaan projek taman solar di bekas pusat pelupusan sampah Kuala Perlis.

Titah ini disampaikan oleh baginda pada Istiadat Penganugerahan Darjah dan Pingat Kebesaran Perlis sempena hari keputeraan baginda di Istana Arau, Arau, Perlis.  Diantara titah baginda titah baginda :-
  • "Kita haruslah bersatu, berkongsi kesusahan dan meraikan kesenangan yang membanggakan negara secara bersama.
  • Pepatah Melalu yang menyebut 'kuah sama dihirup, sambal sama dicolek' adalah releven bagi menyatakan tentang perpaduan rakyat di negara ini,"

Mufti Besar Perlis, Dr Junada Jaya dianugerahkan Darjah Dato' Bergelar yang membawa gelaran Dato' Murshid Diraja.

Dalam istiadat hari ini seramai 22 orang menerima darjah kebesaran negeri perlis dan seramai 207 orang telah disenarikan untuk menerima darjah dan pingat kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Raja Perlis ke-70 bagi tahun 2013. Istiadat pengurniaan seterusnya dijadual berlangsung pada bulan Jun ini.

Turut berangkat dalam majlis ini adalah Raja Perempuan Perlis, DYMM Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid ;  Raja Muda Perlis, DYTM  Tuanku Syed Faizuddin ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail ; Raja Puan Muda Perlis, DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Menteri Besar Perlis, Azlan Man.

Sumber :- Bernama

Viewing all articles
Browse latest Browse all 965