Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim sewaktu sesi Sidang Akhbar di Istana Pasir Pelangi semalam.
25 Mei 2013, Sabtu :-
Semalam Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) yang juga merupakan Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim telah mengadakan satu majlis sidang akhbar di Istana Pasir Pelangi di Johor Baharu berhubung insiden lebihan penonton sewaktu perlawanan Liga Super diantara Johor DT dan Kelantan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 22 Mei 2013 lepas. Pada hari kejadian, PBNJ telah memperuntukkan 100 tiket untuk penyokong pasukan The Red Warior tetapi jumlah penyokong yang masuk melebihi daripada yang diperuntukkan menyebabkan ada penyokong The Red Warrior duduk ditempat penyokong Johor DT. Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku seperti pergaduhan diantara mereka, pihak pengurusan stadium terpaksa menyusun atur semula kedudukan penonton menyebabkan perlawanan tertangguh.
Dalam titahnya, baginda memaklumkan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati menyeludup masuk penonton secara haram ataupun penonton yang menggunakan tiket palsu. Pihak baginda mendapati ada tiket-tiket palsu yang tidak mempunyai nombor siri pada hari kejadian dan pihak polis sedang melakukan penyiasatan berhubung perkara ini. Titah baginda lagi, dimasa hadapan anggota-anggota polis akan ditempatkan dipintu masuk stadium untuk memastikan tidak berlaku sebarang penipuan dan pihak yang menjaga stadium akan disingkirkan jika mereka tamak untuk mendapatkan keuntungan dengan cara yang salah.
Baginda juga memaklumkan bahawa PBNJ bersedia menghadapi apa juga bentuk hukuman yang mungkin dikenakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia atau FAM ekoran insiden perlawanan tertunda pada 22 Mei lepas. Baginda juga menzahirkan kekesalan baginda terhadap sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris yang selalu melaporkan perkara-perkara negative berkenaan PBNJ berbanding perkara-perkara positive mengenai PBNJ semenjak musim Liga Super bermula. Baginda juga memaklumkan bahawa pihak baginda bercadang untuk menaiktaraf Stadium Tan Sri Hassan Yunos bagi menampung kapisiti penonton yang lebih ramai lagi untuk tahun hadapan.
Baginda juga mengucapkan tahniah kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang bersikap tegas dalam usaha membenteras rasuah dan sindiket bookie bolasepak yang melanda negara ini. Baginda sempat memberi pendapat mengenai saranan Khairy Jamaluddin berhubung penubuhan jawatankuasa Integriti setiap pasukan bagi mengekang gejala mengatur perlawanan yang dilihat semakin berleluasa sekarang ini. Titah baginda :-
Tahniah diucapkan kepada Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim dan Johor DT kerana telah berjaya menewaskan pasukan The Red Warrior 2-0 dalam perlawanan 23 Mei 2013 yang lalu walaupun terdapat sedikit masalah kerana perlawanan terpaksa ditunda seketika.
- Shukur ada langkah-langkah positif diambil. Sebenarnya saya sudah lama tubuhkan jawatankuasa integriti ini dan sejak saya mengambil alih PBNJ setahun lalu, saya juga selalu tegaskan mengenai bahaya rasuah dan kegiatan mengatur perlawanan.
Tahniah diucapkan kepada Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim dan Johor DT kerana telah berjaya menewaskan pasukan The Red Warrior 2-0 dalam perlawanan 23 Mei 2013 yang lalu walaupun terdapat sedikit masalah kerana perlawanan terpaksa ditunda seketika.