26 Mei 2013, Ahad :-
Terbaca di Facebook Raja Nur Jannah Hidran pagi ini yang memaklumkan adanya kes pukau di Bandar Diraja Kuala Kangsar terutamanya di sekitar Bukit Chandan. Kepada penduduk Kuala Kangsar terutamanya di sekitar Bukit Chandan Syah harap mereka berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa kepada individu yang tidak bertanggungjawab ini. Maklumat yang Syah ambil daripada Facebook Kak Engku (Raja Nur Jannah Hidran) untuk kita kongsi bersama adalah seperti berikut :-
Khabarnya di Bukit Chandan ada dua orang perempuan menaiki motosikal merompak orang-orag kampung dengan cara pukau. Beberapa cubaan berlaku di sekitar Jalan Raja Muda dan kawasan Istana Kuning, malah beberapa warga tempatan telahpun menjadi mangsa.
modus operandi: Dua wanita ini akan mengunjungi rumah-rumah di Chandan dan memberi salam kepada tuan rumah. Bila salam bersambut dan mereka berjaya masuk ke dalam rumah, penghuni rumah dipukau.
HATI-HATI YA, DAN PASTIKAN PINTU RUMAH BERKUNCI UNTUK MENGELAKKAN SEBARANG KEMUNGKINAN. BERDOALAH MOGA KITA DILINDUNGI OLEH ALLAH S.W.T.

Sumber : Raja Nur Jannah Hidran