30 Mei 2013, Khamis :-
Seorang kerabat diraja Perak dan juga merupakan seorang penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman telah disamun oleh dua orang lelaki bermotosikal berhampiran Hotel Istana, Kuala Lumpur pada 28 Mei 2013. Kejadian berlaku pada jam 00:30hrs (12:30 tengah malam) ketika Raja Azmi dalam perjalanan menuju ke kenderaan beliau setelah selesai menghadiri satu majlis perkahwinan di hotel berkenaan. Ketika berada kira-kira 20 meter dari kenderaanya, beliau telah didatangani oleh dua orang lelaki bermotosikal. Salah seorang dari suspek telah menolak beliau kedinding di kaki lima hotel dan cuba merampas beg tangannya. Berlaku sedikit pergelutan dan Raja Azmi menjerit untuk meminta tolong. Suspek kemudiannya menutup mulut Raja Azmi dan menamparnya menyebabkan bibir Raja Azmi pecah. Apabila melihat orang ramai datang memberi bantuan suspek telah melarikan diri dan hanya sempat merampas telefon pintar Samsung Galaxy II yang dipegang oleh Raja Azmi ditangan kanannya.
Raja Azmi dalam kenyataannya bershukur kerana beliau tidak mengalami kecederaan serius dan memaklumkan bahawa ini adalah kejadian yang pertama berlaku dalam hidupnya. Beliau telah membuat laporan Polis di Balai Polis Dang Wangi dan kerugian dianggarkan berjumlah RM2,000.00.
Sila click link berhubung penceraian Raja Azmi Penceraian Raja Azmi dan Jailani
Sumber :- Kosmo