13.12.2012, Khamis - Malam semalam Duke of Cambridge, Prince William yang telah dijemput sebagai tetamu undangan khas bagi menghadiri Tayangan Perdana dan Majlis Amal filem The Hobbit di Licester Square, London kelihatan bersorangan tanpa isteri tersayang Duchess of Cambridge atau lebih dikenali dengan pangillan Kate. Beliau terpaksa meninggalkan isterinya kerana masalah morning sikness atau alahan/pembawakaan budak yang kronik. Keberangkatan tiba Prince William disambut dengan hamparan karpet hijau oleh Pengurus Besar panggung berkenaan, Tessa Street. Pada malam Sabtu lepas, Prince William yang menghadiri Centerpoint Winter White's Gala tanpa Kate sempat memberi komen dan bergurau mengenai keadaan isterinya dengan berkata "Saya tidak tahu mengapa mereka memanggilnya morning sickness - mereka sepatutnya menyebut all day and night sickness." Kebelakangan ini Prince William kelihatan berseorangan tanpa ditemani oleh Kate dalam acara-acara rasmi kerana masalah "pembawakan budak" ini.
Kate menghadapi masalah "Hyperemesis Gravidarun" dimana pengidapnya akan muntah secara berpanjangan dan tidak boleh dikawal. Keadaan ini akan menyebabkan kehilangan air dalam badan yang membawa kepada kekeringan (dehydrated) yang teruk dan boleh mengakibatkan penurunan berat badan. Pada 03.12.2012 lepas beliau dimasukkan ke Hospital King Edward VII untuk mendapatkan rawatan dan dibenarkan pulang pada 06.12.2012. Kini beliau sedang berehat dikediaman rasminya di Istana Kensington. Alahan/pembawakaan budak seperti ini dihidapi oleh tiga daripada seribu orang wanita mengandung dan juga ada kalanya dikaitkan dengan kehamilan bayi perempuan.
Sumber :- Royaltynu
Sumber :- Royaltynu