Quantcast
Channel: Maharum Bugis Syah (MBS)
Viewing all articles
Browse latest Browse all 965

Pertunangan Diantara Kerabat Diraja Brunei dan Kelantan

$
0
0

01 Jun 2013, Sabtu :-

Dengar khabarnya adinda kepada Al-Sultan Kelantan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V akan berkahwin dengan anak saudara Sultan Brunei Darussalam. Istiadat pertunangan dilaporkan berlangsung sekitar April lepas dan Istiadat Perkahwinan akan diadakan pada akhir Jun ini. Pengiran Muda Abdul Qawi merupakan anak saudara kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam manakala Tengku Amalin A'ishah Putri merupakan puteri tunggal kepada bekas Sultan Kelantan, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis. Syahpun tak dapat maklumat terperinci berhubung pertunangan ini kerana ianya diadakan secara tertutup dan dihadiri oleh tetamu khas dan kerabat diraja sahaja.  Syah dapat berita ini daripada salah seorang kerabat diraja Kelantan. Syah ada bertanya kepada kawan-kawan Syah di Brunei dan merekapun masih samar-samar berhubung perkara ini tetapi ada terdengar berita mengenainya. Begitu juga mereka yang berada di Kelantan banyak yang tidak mengetahui perkara ini. Jika berita ini benar (Wallahualam Bissawab) Syah doakan agar pasangan ini selamat diijab kabulkan dan dipanjangkan jodoh hingga akhir hayat. 


Inilah dia cincin yang dikatakan Cincin Pertunangan diantara Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Putri binti Sultan Ismail Petra. 



Istiadat Akad Nikah dijadualkan berlangsung di Istana Balai Besar, Kota Baharu, Kelantan Darul Naim


Salah satu Set Barang Kemas hantaran semasa Istiadat Pertunangan yang diadakan di Istana Negeri, Kubang Kerian di Kota Baharu, Kelantan Darul Naim

Sumber :- Kerabat Diraja Kelantan

Viewing all articles
Browse latest Browse all 965