03 Jun 2013, Isnin :-
Pada Malam Sabtu 01 Jun 2013 telah diadakan Istiadat Pertunangan dan Akad Nikah puteri kepada Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan Raja Jaafar bin Almarhum Raja Muda Musa. Istiadat diadakan di Istana Raja DiHilir Perak di Ipoh. Pada 03 Jun 2013 pula telah diadakan Majlis Persandingan dan Santapan ditempat dan waktu yang sama. Turut serta dalam majlis ini adalah KDYMM Seri paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, KDYMM Raja Permaisuri Agong, DYMM Raja Perlis, DYMM Raja Perempuan Perlis, DYMM Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, DYTM Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan serta Perdana Menteri Malaysia dan Isteri. Pada pagi tadi pula telah diadakan Istiadat Mandi Sampat untuk pengantin Diraja. Air daripada tujuh kuala sungai Perak telah digunakan untuk Istiadat Mandi Sampat ini.