Quantcast
Channel: Maharum Bugis Syah (MBS)
Viewing all articles
Browse latest Browse all 965

Article 0

$
0
0

07 Jun 2013, Jumaat :-

Malam semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun  telag berkenan berangkat ke Majlis Forum  Perdana Diraja yang diadakan di Dewan Santapan Istana Negara. Forum bertajuk "Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Mendaulatkan Institusi Diraja" dianjurkan oleh Istana Negara dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.  

Forum Perdana yang kebiasaannya keudara secara langsung setiap malam Khamis jam 21:00hrs agak istemewa pada malam semalam kerana ianya diadakan di Istana Negara dan diberi lebihan masa selama 30 minit dari kebiasaannya.  Rancangan khas ini diadakan sempena sambutan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV. Forum dikendalikan oleh tiga panelis terdiri daripada Prof Madya Dr Sharifah Syed Ismail dari Universiti Malaya, Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim dan Don Danial Don Biyajid atau Ustaz Don.

Forum khas ini antara lain mengupas peranan penting institusi raja sebagai tunjang dalam membangunkan negara serta memastikan rakyat terus hidup aman dan harmoni dibawah sistem Raja Berpelembagaan.  Turut serta menyaksikan Forum Perdana Diraja ini adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta 800 tetamu jemputan.

Sumber :- Bernama

Viewing all articles
Browse latest Browse all 965