13 Jun 2013, Khamis :-
Berhijab adalah satu kewajipan bagi kaum wanita dan merupakan satu ibadah dimana seorang wanita yang berhijab bermakna dia telah melaksanakan perintah Allah seperti mana bersolat dan berpuasa.
Allah berfirman :
Artinya : ‘Hai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, Karena itu mereka tidak diganggu. dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’ [Qs. al-Ahzab : 59].
Allah berfirman:
Artinya : ‘Hai anak Adam, Sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan dan pakaian takwa itulah yang paling baik.’ [Qs. al-A'raaf 26]
Tahukah anda bahawa terdapat tiga orang Raja Permaisuri Agong yang berhijab sewaktu memegang jawatan berkenaan apabila paduka suami baginda dilantik sebagai Ketua Negara iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Secara kebetulan, ketiga-tiga mereka ini pada asalnya bukan dari keluarga Diraja.
Raja Permaisuri Agong pertama yang berhijap adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Siti Aishah binti Abdul Rahman, Raja Permaisuri Agong Ke-11. Baginda berada diatas singahsana negara pada 26 April 1999 sehingga 21 November 2001 dan tidak sempat menghabiskan tempoh perkhidmatan baginda selama lima tahun berikutan kemangkatan paduka suami baginda.
Lima tahun kemudian sekali lagi Raja Permaisuri Agong yang memakai hijab berada diatas singahsana negara iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah binti Adil Bakeri dan sempat menghabiskan tempoh lima tahun lantikan baginda sebagai Raja Permaisuri Agong Ke-13 bermula 13 Disember 2006 hingga 12 Disember 2011.
Manakala yang terakhir sekali setakat ini adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun yang berada diatas singahsana negara mulai 13 Disember 2011 hingga kini. pada mulanya baginda tidak berhijab tetapi setelah kembali dari mengerjakan ibadat haji pada tahun 2012, baginda telah memakai hijab. Baginda merupakan Raja Permaisuri Agong Ke-14.
Shukur Alhamdulillah...........Amin.
Sumber : Bernam