19 Jun 2013, Rabu :-
Hari ini Panglima Tentera Darat, Yang Mulia Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Nor telah menghadiri Majlis Perbarisan Perintah Ulung Panglima Tentera Darat yang diadakan di Dataran Panglima Tentera Darat di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur. Kelihatan Yang Mulia Datuk sedang beramah mesra bersama pegawai-pegawai kanan Tentera Darat selepas majlis berkenaan.
Yang Mulia Datuk dilantik sebagai Panglima Tentera Darat ke-25 berkuat kuasa mulai 15 Jun 2013 menggantikan Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin yang dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Sebelum ini Yang Mulia Datuk yang berasal dari Terengganu merupakan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia.
Sumber :- Bernama