03 Julai 2013, Rabu :-
Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mencemar duli berangkat menghadiri Istiadat Penyerahan Watikah Perlantikan dan Majlis Mengadap oleh Bakal Ketua-Ketua Asing ke Malaysia. Istiadat diadakan di Istana Negara, Kuala Lumpur. Kelihatan Tuanku Abdul Halim berkenan menerima watikah daripada Duta Besar Burkina Faso, Idriss Raoua Ouedraogo. Diantara Bakal Ketua-Ketua Asing yang mengadap Tuanku Abdul Halim di Istana Negara semalam adalah Duta Besar Republik Estonia, Andres Unga ; Duta Besar Republik Serbia, Jovan Jovanovic, Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka, Ibrahim Sahib Ansar ; Pesuruhjaya Tinggi Kepulauan Solomon, Victor Samuel Ngele dan Duta Besar Republik Liberia, Youngor Sevelee Telewodo.
Sumber :- Bernama