Petang semalam lebih kurang jam 19:00hrs telah diadakan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil serta Penyampaian Sumbangan kepada Mangsa Insiden Pencerobohan di Lahad Datu di Istana Negara, Kuala Lumpur. Turut serta mencemar duli menghadiri majlis ini adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah ; Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Sumber :- DS Jamil Khir Baharom
Sumber :- DS Jamil Khir Baharom