Quantcast
Channel: Maharum Bugis Syah (MBS)
Viewing all articles
Browse latest Browse all 965

Aktiviti Semalam dan Hari Ini

$
0
0
16.12.2012, Ahad - Pagi nie Syah basuh lagi pakaian tetapi cuaca macam semalam juga, mendung sahaja.  Ingatkan hendak ke KL gunting rambut hari nie, tengoklah macam mana.  Semalam Syah ke Kepong Central sebab setiap kali lalu stesyen KTM Kepong Sentral tu Syah nampak macam ada shopping complek dan ingatkah hendak jalan-jalan kat sana petang semalam.  Walau bagaimanapun hampa sangat sebab shopping complex tu macam tempat yang dah ditinggalkan, hanya ada beberapa buah kedai sahaja. Frustrated  betul rasanya dan nak ketawapun ada sebab tak sangka tempat tu jadi macam itew?........ lalu Syah ambil keputusan ke Pasar Malam Jalan TAR dan turun di KTM Bank Negara.  Sempat Solat Asar kat surau KTM sebelum ke pasar malam.  

Hampir jam 18:30hrs Syah balik semula ke Rawang.  Malam tadi Syah makan Mee Segera sahaja campur sayur serta makan buah dan kuih yang Syah beli kat pasar malam. Gambar nie Syah ambil masa di Pekan Rawang on the way ke bas stop.  Oklah semua hingga berjumpa lagi dilain Entry ........... Byeeeeeeeeee

Viewing all articles
Browse latest Browse all 965