17.12.2012, Isnin - Ini adalah berita baik bagi peminat bolasepak negara terutamanya orang-orang Johor. Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menjemput peminat setia pasukan bolasepak Johor untuk menghadiri majlis sambutan pemain Malaysia ke pasukan Johor dan Sidang Media Khas Tunku Mahkota Johor. Majlis akan diadakan pada hari ini 17.12.2012 jam 15:00hrs di Hotel Thistle, Johor Baharu. Sempat lagi nie pada yang berminat untuk menghadirinya. Sila hubungi pihak pengurusan Johor Fan Club, Encik Ghazali (017-7234574) / Azmin (019-7642422) untuk maklumat lanjut.
Sumber : Kesultanan Johor