22 Julai 2013, Isnin :-
Semalam Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Istana Arau, Arau, Perlis. Dalam majlis ini Tuanku Raja Perlis telah meraikan lebih 200 orang anak-anak yatim, orang kelainan upaya, saudara baru dan para penghuni rumah kebajikan. Turut serta berangkat ke majlis ini adalah Raja Perempuan Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid ; Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Sumber :- Bernama