King Philippe mengangkat sumpah sebagai Raja Belgium yang baru di Parlimen
22 Julai 2013, isnin :-
Semalam 21 Julai 2013, Putera Mahkota Philippe dari Belgium telah mengangkat sumpah sebagai Raja Belgium ke-7 menggantikan Ayahanda baginda King Albert yang turun tahta bagi memberi laluan kepada Putera Mahkota yang berusia 53 tahun itu menjadi Raja Belgium yang baru. King Albert yang berusia 79 tahun membuat pengumuman turun tahta baginda beberapa minggu lepas setelah berada selama 20 tahun diatas tahta. Angkat sumpah diadakan di Parlimen dengan menggunakan tiga bahasa rasmi Belgium iaitu bahasa Belanda, Perancis dan Jerman. Semalam juga merupakan Hari Kebangsaan Belgium.
Kelihatan King Philippe memandang kearah Ayahandanya, King Albert yang begitu terharu dan sedih selepas menandatangani Akta Turun Tahta yang berlangsung di Istana Diraja.
Terdahulu pada jam 10:30hrs, King King Albert telah menanda tangani Akta Turun Tahta baginda yang berlangsung di Bilik Singahsana Istana Diraja. King Albert menandatangni Akta berkenaan diikuti oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Speaker Parlimen serta 14 saksi yang lain. Akta turun tahta ini digubah khas kerana dalam perlembagaan Belgium tiada peruntukan untuk seorang raja turun dari tahta. Selepas baginda menandatangani akta berkenaan Putera Mahkota Philippe bergelar King Philippe, King of the Belgains. King Albert masih lagi mengekalkan gelaran "King" walaupun telah turun dari tahta.
Sumber :- Flanders News.be / Reuters / Royalty nu