25 Julai 2013, Khamis :-
Akhirnya desas desus nama "George" akan digunakan oleh HRH Duke of Cambridge, Prince William dan HRH Duchess of Cambridge atau Kate Middleton untuk bakal pewaris tahta ke-3 Britain yang baru diputerakan pada 22 Julai lepas akhirnya menjadi kenyataan apabila teka teki berkenaan dijawab dengan pengumuman pasangan diraja berkenaan berhubung nama bayi diraja mereka. Pengumam dibuat pada jam 18:20hrs iaitu dua hari selepas bayi diraja diputerakan dan selepas sejam baginda Queen Elizabeth II menziarahi cicitndanya buat pertama kali. Dalam pengumuman berkenaan, HRH Duke and HRH Duchess of Cambridge memaklumkan bayi diraja telah diberi nama George Alexander Louis dan akan dikenali sebagai His Royal Highness Prince George of Cambridge.
Nama George merupakan nama yang tersohor dimana enam orang Raja-Raja British menggunakan nama tersebut dan yang terakhir adalah ayahanda kepada baginda Queen Elizabeth II iaitu Mendiang King George VI yang memerintah pada 11 Disember 1936 hingga 14 Ogos 1947. Alexander atau digelar Alexandra bagi wanita merupakan gelaran untuk permaisuri. Ia juga merupakan nama permaisuri kepada King Edward VII yang memerintah pada 22 Januari 1901 hingga 06 Mei 1910. Manakala Louis merupakan nama yang popular yang digunakan oleh Lord Louis Mountbatten, bapa saudara kepada suami baginda Queen Elizabeth II, HRH Duke of Edinburgh. Lord Louis Mountbatten juga merupakan mentor kepada HRH Prince Charles. Lord Louis Mountbatten mati dibunuh oleh Tentera Republik Irish pada 1979.
Kelahiran Prince George telah melakar sejarah dimana buat pertama kalinya semenjak zaman pemerintahan Queen Victoria, Raja England dapat berjumpa cicit mereka yang merupakan pewaris tahta kerana kebanyakan mereka telah meninggal dunia sebelum cicit mereka yang merupakan bakal raja dilahirkan. Pengumuman nama bayi diraja juga dilihat terlalu awal iaitu dua hari selepas dilahirkan berbanding Ayahandanya, Prince William yang mengambil masa seminggu untuk diumumkan manakala nendanya Prince Charles mengambil masa sebulan sebelum diumumkan kepada khalayak ramai.
Selepas baginda Queen Elizabeth II menziarahi cicitndanya, Duke and Duchess of Cambridge beserta Prince George telah berangkat dari Istana Kensington kekediaman ibubapa Duchess of Cambridge di Bucklebury, Berkshire untuk menjalani tempoh "berpantang" sekaligus menghindarkan diri dari sebarang publisiti.
Sumber :- The Gurdian / Royal News Blog.