26 Julai 2013, Jumaat :-
Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghadiri Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur’an Peringkat Kebangsaan Bagi Tahun 1434H/2013M. Majlis diadakan di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Dalam titahnya, baginda mengingatkan agar semua aktiviti yang dirancang haruslah tidak mengabaikan ibadat solat kerana jika iannya berlaku nescaya akan mengundang laknat dari Allah. Setiap program yang dijalankan haruslah tidak mengganggu wakut solat dan baginda sempat memberi contoh sukan larian "The Run" yang mana acara bermula jam 04:00hrs hingga 09:30hrs dan mengabaikan waktu solat subuh dalam jadualnya dimana majoriti pesertanya adalah orang Islam. Baginda amat kesal atas kejadian ini kerana lebih mengutamakan sukan dari ibadat.
Baginda menyarankan agar rakyat merebut peluang keberkatan di bulan Ramadan untuk memperbanyakkan amal kebaikan bagi mendapat pahala yang berlipat kali ganda dari Allah terutamanya seperti membaca Al-Quraan. Titah baginda lagi, Al-Quraan adalah mukjizat agung dan tema sambutan Nuzul Al-Quraan pada tahun ini adalah "Al-Quraan Sumber Kekuatan" merujuk kepada firman Allah dalam surah Al-Hasyr ayat 21 bermaksud :-
"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ke atas gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyu’ serta pecah belah kerana takutkan Allah. Dan (ingatlah) misal-misal perbandingan ini. Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka itu memikirkannya.”
Baginda menyeru agar rakyat berpegang kuat kepada Al-Quraan, menghayati hukum-hukumnya dan mengambil iktibar peringatan-peringatannya kerana dari situlah mereka akan mendapat aura atau kekuatan yang sebenar-benarnya. Baginda menyeru agar semua rakyat Islam Brunei boleh membaca Al-Quraan supaya negara beroleh kekuatan.
Bagi tujuan ini, baginda bertitah bahawa Perintah Pendidikan Ugama Wajib 2012 dikanunkan dan dengan berkuatkuasanya perintah ini diharap semua kalangan generasi muda, khasnya para penuntut yang ingin melanjutkan pelajaran ke pringkat lebih tinggi di luar negara, boleh membaca Al-Quran dan mendirikan solat.
Tambah baginda lagi kedua-dua ibadat ini adalah asas bagi menjamin kelangsungan sosio-hidup bangsa. Tanpanya, kehidupan boleh menjadi malap serta rapuh dan kerana itulah, baginda sentiasa memperingatkan supaya rakyat jangan sekali-kali mengabaikan Al-Qur’an dan ibadat solat.

Sumber :- Pelita Brunei.