18.12.2012, Selasa - Salam dan selamat malam semua. Sekarang jam 20:24hrs dan Syah sampai Rawang Residence jam 20:00hrs tadi. Sampai jew terus solat Maghrib dan sekarang sambil menonton Berita di TV Syah update blog. Hari nie agak busy sedikit dan masa nak balik tadi tiba-tiba pula ada urgent matters untuk masuk e-bidding. Breakfast macam biasa cereal, kismis dan badam serta low fat milk dan lunch tadi Syah makan gulai soohon dengan petola, tempe goreng berlada dan ayam goreng tetapi serta barli panas kurang manis. Hari nie ada orang belanja.......... hahahahah nama tak leh sebut kat sini. bahaya.... hahahhah. Balik tadi Syah beli set burger king di KL Sentral. Fries Syah makan masa kat KTM KL Sentral dan burger tu dalam bas on the way balik ke Rawang Residence. Malam tadi Syah bercukur kasi licin semuanya. Amacam, Comel ke hendsome? Ahaks ............ By the way sedih tengok berita tv1 mengeni kes budak kecil bernama Muhammad Fais Iqhmal Iskandar, berusia 2 tahun yang telah meninggal dunia disebabkan oleh teman lelaki ibunya. Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil dalam kenyataannya semasa menziarahi jenazah Allahyarham menasihatkan agar ibu tunggal berhati-hati memilih teman lelaki kerana kebelakang nie banyak kes anak-anak didera oleh teman lelaki ibu tunggal.
Nasihat Syah pada ibu-ibu tunggal tu utamankanlah anak-anak daripada mementingkan diri sendiri mencari teman hidup dan tengok-tengoklah lelaki idaman tu samada sesuai ke tidak untuk diri sendiri terutamanya anak-anak. Jangan ikut nafsu sangat, hati-hatilah gunakan akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah kerana menyesal kemudian memang tidak berguna sebab sudah terlambat kerana masa tak boleh berpatah balik. Syah respect dengan Bonda Ejone Syah yang suaminya mangkat ketika beliau berusia lingkungan 40 tahun dan tidak berkahwin lagi kerana lebih mementingkan anak-anaknya. Masa Syah kecil dulu memang ada orang hendak masuk meminang Bonda Ejone tetapi dia lebih memilih untuk hidup bersama-sama kami dan membesarkan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang. Apa-apapun lain orang lain caranya, yang penting kepada ibu-ibu tunggal, buat lah sesuatu yang akan membahagiakan bukan sahaja hidup anda tetapi anak-anak. Ok lah semua Syah hendak mandi dan solat Insyak, hingga berjumpa lagi di lain entry........