07 Ogos 2013, Rabu :-
Semalam, Istana Negara dalam kenyataannya memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun akan mengadakan Rumah Terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Majlis akan diadakan di Istana Negara pada Hari Raya pertama bermula jam 11:00 hrs hingga 14:00hrs.
Jika anda ingin menghadir Majlis Rumah Terbuka ini, sila gunakan pintu 1 iaitu pintu gerbang utama dengan menggunakan jalan masuk bertingkat dari Jalan Duta manakala Pintu 3 untuk di Jalan Seri Hartamas. Dari segi pakaian pula, anda dinasihatkan agar menggunakan pakaian sopan dan bertemakan Hari Raya.
Sumber :- Bernama