KDYMM Sultan Pahang sedang meninjau lokasi kejadian kemalangan bas di KM 3.5 Jalan Genting Highland.
22 Ogos 2013, Khamis :-
Semalam lebih kurang jam 18:40hrs Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah telah berkenan mencemar duli turun ke lokasi kemalangan bas ekspress di Genting Highlands, Pahang untuk meninjau keadaan lokasi kejadian dan operasi menyelamat yang dijalankan. Kejadian berlaku semalam di KM 3.5 Jalan Genting Highland pada jam 14:25hrs dimana sebuah bas ekspress yang membawa 53 orang penumpang telah terjunam 60 meter ke dalam gaung dan telah mengorbankan 37 mangsa (27 lelaki dan 10 wanita) termasuk pemandu bas manakala 16 lainnya cedera. Baginda telah menzahirkan rasa dukacita baginda terhadap tragidi ini dan kelihatan sebak di lokasi kejadian. Titah baginda :-
- "Saya dah cakap dengan Genting Highlands (Kumpulan Genting), apa juga perbelanjaan yang dibuat hari ini akan ditanggung oleh Genting Highlands.”
- "Saya akan berjumpa dengan OCPD (Ketua Polis Daerah Bentong) untuk pendapat berkenaan dengan apa jua bentuk pertolongan yang diperlukan keluarga mangsa,"
- Titah baginda lagi. baginda ke lokasi kejadian kerana mahu bersama rakyat untuk membantu dan memberi pertolongan tanpa mengira bangsa dan agama.
Terima kasih diucapkan kepada KDYMM Sultan Pahang diatas keperihatinan baginda terhadap kebajikan rakyat di negara ini dan sanggup datang ke lokasi kejadian bagi meninjau keadaan disana serta menghulurkan bantuan kepada mangsa dan keluarga mereka. Dirgahayu Tuanku Sultan Pahang.
Sumber :- Bernama / MBS