29 Ogos 2013, Khamis :-
Inna lillah wa inna ilaihi rojiun. Dukacita dimaklumkan bahawa seorang kerabat diraja Perak, Raja Soid Moizuki bin Raja Jaafar yang merupakan generasi ke-3 Almarhum Sultan Abdullah telah kembali ke rahmatullah pada jam 15:00hrs semalam akibat kemalangan jalanraya di Kedah. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan pada hari ini jam 11:00hrs di Kuala Nerang, Kedah dan bukannya di Makam Diraja Al-Ghufran, Kuala Kangsar atas permintaan balu Allahyarham.
Sultan Abdullah Muhammad Shah ibni Almarhum Sultan Ja’afar Safiuddin Mu’adzam Shah merupakan Sultan Sultan Perak ke-26 yang dibuang negeri oleh British ke Pulau Seychelles pada 21 Julai 1877 ekoran peristiwa pembunuhan Residen British, J.W.W. Birch pada 1875. Baginda mangkat pada 1922 di Kuala Kangsar dan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Chandan yang kini dikenali sebagai Makam Diraja Al-Ghufran.
Af-Fatihah ………
Semuga Rohnya Allahyarham Raja Soid Moizuki bin Raja Jaafar dan Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah ibni Almarhum Sultan Ja’afar Safiuddin Mu’adzam Shah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham semuga kalian tabah menghadapi dugaan ini.
Sumber :- Tengku Soraya / Ku Yam/ Ku Jannah