02 September 2013, Isnin :-
Hari ini Sultan Terengganu, KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah berkenan mencemar duli merasmikan Komplek Haji dan TH Hotel Terengganu di Kuala Terengganu, Terengganu. Komplek dan hotel yang dibina dengan kos RM77.6 juta ini dibina dalam kawasan seluar 3.08 hektar dan bakal mengendalikan lima penerbangan terus dari Kuala Terengganu ke tanah suci dengan 1,400 bakal haji yang akan tiba tidak lama lagi. Turut serta dalam majlis ini adalah KDYMM Sultanah Nur Zahirah dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.
Datuk Abdul Aziz dalm kenyataannya memaklumkan bahawa adalah penting bagi komplek dan hotel Tabung Haji terletak berhampiran lapangan terbang bagi memudahkan proses melapor diri, pendaftaran, pemeriksaan bagasi dan urusan imigresen bakal-bakal haji. Setakat ini Lembaga Tabung Haji mempunyai lima komplek yang terletak di Kelana Jaya, Selangor ; Bayan Lepas,Pulau Pinang ; Kota Kinabalu, Sabah ; KualaTerengganu, Terengganu dan Alor Setar, Kedah.
Sumber :- Bernama