09 September 2013, Isnin :-
Pada tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah Tuanku Abdul Halim telah berkenan mencemar duli mengucapkan selamat jalan kepada kumpulan pertama jemaah haji Malaysia yang bertolak dari Alor Setar ke tanah suci di Komplek Tabung Haji Kepala Batas. Penerbangan pertama dari Alor Setar ini akan meneruskan perjalanan terus dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim ke Madinah. Turut serta dalam majlis ini adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun ; Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah ; Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Menteri di Jabatan Perdna Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Sumber :- Bernama