12 September 2013, Khamis :-
Tahukah anda baru-baru ini sepotong kek perkahwinan Baginda Queen Elizabeth II dan Prince Philip yang telah berusia 63 tahun telah dijual dalam satu lelongan di Christie, London pada harga 1,750 pound sterling. Kek berukuran 3.5 inci x 7.5 inci ini kepunyaan seorang pengumpul barangan antik yang memperolehinya daripada Channel 4's Four Rooms pada tahun 2011. Kek ini dilelong pada harga permulaan 1,500 pound sterling. Kek ini diletakkan dalam sebuah bekas khas dari Buckingham Palace dan terdapat tarikh November 20, 1947 pada kotak berkenaan iaitu tarikh perkahwinan baginda Queen Elizabeth II. Kek ini masih elok dan dapat bertahan lama sehingga hari ini kerana ianya diperbuat daripada Rum dan Brandy.
Inilah dia Kek Perkahwinan baginda Queen Elizabeth setinggi 9 kaki dan empat tingkat yang mana kemudiannya diagih-agihkan untuk 200 tetamu pada majlis berkenaan. Salah satu tingkat kek ini telah disimpan untuk majlis "Christening" Prince Charles setahun kemudiannya. Menurut laporan the Telegraph, Kek yang dijual ini pada asalnya adalah kepunyaan Princess Alice Hospice dan ianya dijumpai dalam fail kabinet beliau 15 tahun kemudiannya.
Sumber :- Hello Daily News / RoyaltyNu