13 September 2013, Jumaat :-
Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mencemar duli menghadiri Istiadat Pengurniaan Watikah Perlantikan kepada bakal ketua-ketua perwakilan Malaysia ke luar Negara. Istiadat dijalankan di Istana Negara. Kelihatan Tuanku Abdul Halim menyampaikan Watikah Perlantikan bakal Duta Besar Malaysia ke Korea, Datuk Rohana Ramli. Diantara bakal ketua-ketua perwakilan Malaysia ke luar Negara yang menerima watikah perlantikan pada hari ini adalah bakal Duta Malaysia ke Kemboja, Raszlan Abdul Rashid ; bakal Duta Malaysia ke Jerman, Datuk Salman Ahmad ; bakal Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Datuk Awang Sahak Awang Salleh ; bakal Duta Besar Malaysia ke Perancis, Tan Sri Ismail Omar dan bakal Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Papua New Guinea, Jilid Kuminding.
Sumber :- Bernama