20.12.2012, Khamis - Haaaaa ....... beginilah keadaan Syah setiap pagi menunggu bas kat kawasan nie. Biasanya Syah seorang-seorang jer sampai bas datang dan ada masanya ditemani oleh seorang uncle cina yang tunggu bas kat sini juga. Syah bangun seawal jam 05:00hrs dan keluar rumah biasanya jam 06:20hrs iaitu 10 minit sebelum bas datang. Perjalanan hari nie macam biasa cuma balik tadi terpaksa berdiri dalam komuter sampai KTM Kepong. Gambar nie Syah ambil guna self timing. Pagi tadi ada program GHCM Town Hall di TM Convention Center. Hari nie Syah makan banyak sedikit, selepas program town hall tu Syah beli ayam goreng, meehon goreng , karipap dan kuih sagu serta tempe berlada. Balik tadi singgah Burger King beli set burger dan makan sambil tunggu komuter di KTM KL Sentral.
Kat office tadi ada orang tegur katanya baguslah badan you dah naik sedikit tak macam dulu. Alamak ......... memang berat Syah naik sedikit lately nie dan mula nak berdiet semula sebab seluar dah ketat sedikit. Berdiet untuk kesihatan supaya kolestrol Syah tak tinggi disamping dapatkan berat badan ideal. Sampai rumah macam biasa selepas Maghrib dan malam nie ada pasar malam tetapi Syah tak pergi sebab pasar malam tu dah tak syok sekarang sebab tak banyak gerai macam dulu. Syah makan biskut dan air soya untuk kudapan malam nie.

Ok lah semua, hingga berjumpa lagi dilain entry dan Syah hendak mandi nie............. Selamat Malam semuga dibuai mimpi yang indah.