23 November 2013, Isnin :-
Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menghadiri Istiadat Konvokesyen ke-4 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Istiadat Konvokesyen yang berlangsung di Dewan Tun Templer, Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur ini turut dihadiri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun. Terdahulu Tuanku Abdul Halim berkenan memeriksa barisan kawalan kehormat pada Istiadat Konvokesyen ini.
Sumber - Bernama