03 November 2013, Ahad :-
Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar pernah bertitah berhubung isu pemberian pingat dan darjah kebesaran bagi Negeri Johor Darul Takzim. Titah ini disampaikan oleh Tuanku Ibrahim sewaktu Majlis Malam Johor Di Hatiku anjuran Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ) Wilayah Persekutuan dan Selangor yang diadakan di Putra World Trade Center sekitar April 2012. Diantara Titah baginda :-
- Semuanya adalah mengikit titik pandangan saya sendiri, bukan dicadangkan oleh mana-mana pihak. Oleh itu janganlah ada sesiapapun yang cuba melobi saya dalam hal ini.
- Kepada sesiapa yang rasa dirinya layak untuk menerima pingat serta darjah kebesaran, sabar-sabar dulu, saya belum rabun lagi dan saya nampak siapa yang patut menerimanya.
- Cuba tanya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, berapa lama selepas menjadi Menteri Besar Johor, baru beliau dikurniakan Darjah Mahkota Johor.
Sumber :- Kesultanan Johor.