04 Oktober 2013, Isnin :-
Tahniah diucapkan kepada Presiden Persatuan Bolasepak Pahang, Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah diatas kejayaan skuad Tok Gajah menjuarai Piala Malaysia 2013. Sepakan gol tunggal pemain import Argentina, Matias Conti diminit ke 58 telah menamatkan kemarau 21 tahun Pahang untuk menjuarai Piala Malaysia dengan menumpaskan juara bertahan Kelantan yang lebih dikenali sebagai The Red Warriors 1-0. Kelihatan Tengku Muda Pahang bersama anakanda beliau, Tengku Eddie Akasya dan Tengku Ahmad Firman Shah, pemain dan pegawai pasukan Pahang begitu gembira meraikan kemenangan mereka di Stadium Shah Alam malam tadi. Matias Conti berbaju kuning berada dibelakang Tengku Muda Pahang. Seramai 85,000 penonton membanjiri stadium Shah Alam malam tadi bagi menyaksikan perlawanan akhir Kelantan menentang Pahang dengan keadaan hujan lebat sebelum perlawanan bermula.
Sumber :- Utusan Malaysia